REAKSI Lewandowski (kiri) ketika bertemu Arminia Bielefeld awal pagi tadi. FOTO EPA
REAKSI Lewandowski (kiri) ketika bertemu Arminia Bielefeld awal pagi tadi. FOTO EPA
AFP

Berlin: Thomas Mueller berkata rakan sepasukannya di Bayern Munich, Robert Lewandowski mesti memenangi anugerah Ballon d'Or apabila pemenangnya akan diumumkan esok.

Lewandowski berharap dapat memenangi anugerah itu buat kali pertama selepas memenangi anugerah pemain terbaik Fifa pada 2020.

"Lewandowski perlu memenanginya pada Isnin apabila anda melihat aksinya ketika ini," kata Mueller selepas pasukannya melakar kemenangan 1-0 ke atas Arminia Bielefeld yang menyaksikan Bayern kekal menduduki tangga teratas Bundesliga.

"Tiada mana-mana pemain beraksi dengan konsisten setakat ini untuk kelab dan skuad kebangsaan.

"Tidak perlu lagi memperkatakan mengenainya."

Lewandowski sudah menjaringkan 30 gol musim ini dengan 25 gol daripadanya bersama Bayern sepanjang 20 perlawanan di semua pertandingan dan lima lagi gol bersama Poland.

Pada Mei lalu, Lewandowski memecahkan rekod 40 gol Gerd Mueller dalam satu musim yang dilakukan pada 1971/1972.

Lewandowski menjaringkan 41 goals dalam 28 penampilan di liga musim lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 November 2021 @ 7:33 AM