Thiago Alcantara (kanan) ledakan gol pertama Liverpool. -FOTO AFP
Thiago Alcantara (kanan) ledakan gol pertama Liverpool. -FOTO AFP
AFP

Liverpool: Jurgen Klopp memuji barisan pemainnya selepas berjaya menewaskan Porto yang berusaha untuk layak ke saingan 16 terbaik Liga Juara-Juara apabila gol pertama Thiago Alcantara sejak Mei menjadi inspirasi kemenangan 2-0 semalam.

Pasukan Klopp sudahpun mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati sebagai juara Kumpulan B dan gembira dengan kejayaan di Anfield itu.

Thiago yang berdepan masa sukar Liverpool, bergelut untuk mendapatkan kembali prestasinya ketika dia merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara bersama Bayern Munich.

Pemain tengah Sepanyol itu memberi gambaran tentang kemampuannya dengan persembahan yang tenang untuk meletakkan Liverpool di hadapan pada separuh masa kedua.

Mohamed Salah memastikan kemenangan kelima berturut-turut dalam kumpulan dengan jaringan ke-17 dirinya musim ini.

Porto kini di tangga kedua, satu mata di hadapan Atletico Madrid dan AC Milan menyebabkan pasukan Sergio Conceicao perlu menewaskan juara Sepanyol itu pada perlawanan terakhir Kumpulan 7 Disember ini.

Klopp terpaksa merehatkan beberapa tonggak utamanya termasuk Virgil Van Dijk, Andrew Robertson, Fabinho dan Trent Alexander -Arnold bagi memastikan skuadnya cukup cergas untuk mengharungi sembilan perlawanan bulan depan.

"Ia adalah baik. Sesetengah orang mungkin menyangka kami akan bermain permainan yang mudah tetapi kami tidak berada di sini untuk itu. Kami menang perlawanan dengan dua gol yang luar biasa terutamanya Thiago.

"Ia sedikit kucar-kacir, tetapi tidak pelik untuk pasukan yang sudah lama tidak beraksi bersama. Namun banyak perkara positif, baik secara individu mahupun sebagai satu kumpulan.

"Kami menurunkan pemain-pemain muda, pemain yang baru pulih daripada kecederaan dan pemain yang memerlukan minit permainan, manakala pemain yang perlu berehat dapat direhatkan," kata Klopp

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 November 2021 @ 8:25 AM