Perancang tengah Barcelona, Pedri atasi saingan pemain lain. FOTO Agensi
Perancang tengah Barcelona, Pedri atasi saingan pemain lain. FOTO Agensi
Agensi

Madrid: Perancang tengah Barcelona, Pedri memenangi anugerah Golden Boy 2021 bagi pemain terbaik bawah 21 tahun yang beraksi di divisyen utama Eropah.

Pedri, 18, mengatasi pemain tengah England dan Borussia Dortmund, Jude Bellingham bagi anugerah itu dengan memperoleh 199 mata.

Dia beraksi lebih minit permainan berbanding pemain Barca lain pada musim lalu, seterusnya beraksi di Euro 2020 dan memenangi pingat perak bersama Sepanyol di Olimpik.

Bagaimanapun dia tidak beraksi sejak September kerana mengalami kecederaan paha.

Pada Oktober, Pedri - yang menyertai Barca dari Las Palmas pada 2020 - menandatangani kontrak baharu bersama kelab Catalan termasuk klausa pelepasan bernilai £846 juta (RM4.75 bilion).

Penyerang Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland memenangi anugerah Golden Boy pada 2020.

Anugerah pertama diperkenalkan pada 2003, turut dimenangi oleh beberapa pemain bola sepak terkemuka dunia antaranya Wayne Rooney, Lionel Messi, Sergio Aguero, Raheem Sterling dan Kylian Mbappe.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 November 2021 @ 9:40 AM