XAVI (dua dari kanan) ketika mengendalikan latihan skuad Barca. FOTO EPA
XAVI (dua dari kanan) ketika mengendalikan latihan skuad Barca. FOTO EPA
AFP

Madrid: Xavi Hernandez berkata Barcelona perlu menggunakan nilai positif di atas kehadirannya untuk mendapatkan keputusan yang diingini tatkala beliau bersedia mengharungi perlawanan pertama menentang Espanyol esok pagi.

Barca menduduki tangga kesembilan dalam La Liga dan penyokong dijangka membanjiri Camp Nou untuk mengalu-alukan kehadiran Xavi.

Bekas pemain berusia 41 tahun itu beraksi sebanyak 767 kali dengan kelab berkenaan dan dilabel sebagai salah seorang pemain terbaik yang pernah dimiliki mereka.

Xavi berdepan tugasan berat sebagai jurulatih selepas Barcelona tidak berada dalam kelompok empat terbaik liga.

"Apa yang saya lihat di dalam latihan sangat menyenangkan saya. Kami mempunyai pemain dan memerlukan penyokong. Kelab harus menterjemahkan suasana positif ini untuk menghasilkan keputusan yang baik bermula esok," kata Xavi.

Majoriti pemain Barca kembali daripada tugas di peringkat antarabangsa minggu ini termasuk pemain seperti Gerard Pique, Sergi Roberto, Samuel Umtiti dan Sergino Dest berjaya memulakan sesi latihan seperti biasa bersama jurulatih baru mereka.

"Kami mencuba pemain yang berada di kelab ketika rehat aksi antarabangsa untuk melaksanakan idea dan menganalisa Espanyol.

"Kami tidak mempunyai tempoh yang lama untuk kerja bersama-sama namun kebanyakan pemain sudah mengetahui perancangan kami," katanya.

Xavi berkata, mungkin terbanyak banyak kejutan dalam kesebelasan utama tatkala beliau optimis dengan skuad berkenaan berbeza dengan penilaian yang lebih pesimis oleh pengendali sebelum ini, Ronald Koeman.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 November 2021 @ 1:29 PM