LUKAKU alami kecederaan ketika menentang Malmo.
LUKAKU alami kecederaan ketika menentang Malmo.
Agensi

London: Romelu Lukaku kembali menjalani sesi latihan Chelsea hari ini selepas terlepas lima perlawanan akibat kecederaan buku lali.

Pemain antarabangsa Belgium itu dikasari Lasse Nielsen dan terpaksa dikeluarkan pada minit ke-23 ketika menewaskan Malmo 4-0 dalam saingan Liga Juara-Juara.

Timo Werner turut mengalami kecederaan hamstring pada perlawanan sama dan diketepikan sehingga kini tetapi Chelsea tidak tewas dalam lima perlawanan tanpa kedua-dua pemain terbabit.

Blues meledak 2.6 gol dalam tempoh itu. Sepanjang lapan perlawanan dalam semua kejohanan musim ini yang menyaksikan kehadiran Lukaku dan Werner, Blues menjaringkan purata 2.1 gol.

Bagaimanapun, 11 gol Chelsea dalam aksi Liga Perdana yang dijaringkan ketika ketiadaan kedua-duanya adalah jaringan yang dijangkakan dengan purata 6.2 sekali gus menunjukkan barisan depan kurang menyengat.

Oleh itu mereka mengharapkan Lukaku yang tidak menjaringkan gol untuk skuad Thomas Tuchel sejak September dapat kembali berbisa menjelang aksi Liga Perdana menentang Leicester City pada Sabtu ini.

Marcos Alonso turut kembali berlatih selepas tersisih ketika seri dengan Burnley sebelum rehat antarabangsa akibat kecederaan buku lali.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 November 2021 @ 10:00 AM