Declan Rice pemain tonggak skuad England. FOTO Agensi
Declan Rice pemain tonggak skuad England. FOTO Agensi
Agensi

London: Pemain tengah West Ham, Declan Rice menarik diri dari skuad England kerana demam.

Pemain berusia 22 tahun itu tidak dapat menjalani latihan sejak melaporkan diri di St George's Park bagi aksi kelayakan Piala Dunia menentang Albania dan San Marino.

Skuad England tiada merancang menyenaraikan tambahan pemain dalam skuad itu buat masa ini.

Pemain tengah Chelsea, Mason Mount dan pertahanan Manchester United, Luke Shaw dijangka sedia diturunkan dalam skuad kendalian Gareth Southgate.

Mount meneruskan rawatan susulan pemeriksaan gigi dan Shaw mengikuti protokal kesihatan selepas digantikan pada aksi setempat Manchester, Sabtu lalu.

Pemain Arsenal, Emile Smith Rowe disenaraikan buat pertama kali dalam skuad Three Lions ketika penyerang Manchester United, Marcus Rashford dan perancang tengah Southampton, James Ward-Prowse tidak dapat melaporkan diri untuk tugas antarabangsa.

England menentang Albania di Wembley pada awal pagi Sabtu sebelum meneruskan kempen kelayakan ke San Marino pada 15 November.

Mereka memerlukan empat mata bagi dua perlawanan ini untuk layak ke Qatar 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 November 2021 @ 10:13 AM