Eddie Howe. FOTO EPA
Eddie Howe. FOTO EPA
AFP

London: Newcastle menamatkan penantian untuk melantik pengendali baharu mereka hari ini dengan mendedahkan bekas bos Bournemouth, Eddie Howe akan memimpin skuad Magpies dalam era baharu di bawah pemilikan Arab Saudi.

Howe, 43, mengambil alih pasukan yang kini berada di kelompok dua terbawah dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), lima mata daripada zon penyingkiran dan tanpa kemenangan pada musim ini.

Dia menggantikan Steve Bruce, yang meninggalkan kelab itu dengan persetujuan bersama pada 20 Oktober, dua minggu selepas pengambilalihan pemilikan Arab Saudi.

Newcastle berkata Howe dilantik sebagai ketua jurulatih baharu dengan kontrak sehingga musim panas 2024.

Howe berkata ia penghargaan besar untuk dilantik sebagai pengendali sebuah kelab dengan status dan sejarah sebagai Newcastle United.

Skuad Magpies tidak memenangi trofi utama sejak 1969 sekalipun mempunyai pengaruh dan kesetiaan yang tinggi dikalangan peminat mereka.

"Ini adalah peluang mengagumkan, tetapi banyak kerja menanti kami dan saya tidak sabar untuk ke padang latihan bagi memulakan kerja dengan pemain-pemain." kata Howe.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 November 2021 @ 8:21 AM