Zinedine Zidane. FOTO Agensi
Zinedine Zidane. FOTO Agensi
Agensi

London: Zinedine Zidane dilaporkan tidak berminat menjadi ketua jurulatih Manchester United dalam tempoh terdekat.

Tekanan makin memuncak buat pengendali Red Devils ketika ini, Ole Gunnar Solskjaer susulan kekalahan 0-2 di laman sendiri ke atas Manchester City dalam saingan Liga Perdana.

Antonio Conte dikait kuat untuk mengisi tugas itu pada penghujung bulan lalu namun pengendali dari Itali dilantik sebagai jurulatih baharu Tottenham Hotspur.

Zidane berterusan dikaitkan sebagai calon pengganti bagi Solskjaer, dengan pengendali dari Perancis itu ketika ini sebagai ejen bebas, tidak memegang apa-apa jawatan sejak meninggalkan Real Madrid awal tahun ini.

Bagaimanapun, mengikut laporan AS, ia mungkin 'sangat sukar' bagi pengendali berusia 49 tahun itu untuk menerima tugas berkenaan ketika dia menanti peluang di Perancis.

Laporan menyatakan bahawa Zidane mungkin kembali sebagai pengurus kelab tetapi mahu menyertai pasukan yang mempunyai rekod kemenangan yang baik daripada yang bergelut dengan perubahan.

Bos Leicester City, Brendan Rodgers sudah menyatakan persetujuan secara lisan bersama juara 20 kali Inggeris itu sebagai pengganti Solskjaer di Old Trafford.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 November 2021 @ 12:00 PM