Pemain AC Milan, Brahim Diaz (tengah) dihalang pemain Inter Milan dalam aksi Serie A di Stadium San Siro. FOTO AFP
Pemain AC Milan, Brahim Diaz (tengah) dihalang pemain Inter Milan dalam aksi Serie A di Stadium San Siro. FOTO AFP
AFP

Milan: AC Milan terlepas peluang untuk berada di kedudukan teratas selepas terikat 1-1 dalam aksi setempat berdepan Inter Milan sekali gus membenarkan Napoli mengekalkan kedudukan di puncak liga.

Skuad Stefano Pioli yang belum tewas menyamai 32 mata bersama Napoli selepas gol sendiri Stefan de Vrij menafikan jaringan penalti bekas pemain Milan, Hakan Calhanoglu pada minit ke-11 untuk Inter dalam aksi sengit di San Siro.

Milan gagal memanfaatkan peluang selepas Napoli hanya mampu seri 1-1 berdepan Verona pada aksi lebih awal.

"Kami hampir melakukannya kerana apabila anda bersedia untuk memenangi perlawanan mengatasi saingan setempat," kata Pioli kepada DAZN.

"Inter adalah pasukan yang baik dan kami membuktikan kami juga kuat. Ia adalah persembahan yang positif."

Kedua-dua pasukan berpuas hati selepas berkongsi mata ketika mereka mempunyai peluang menang perlawanan di hadapan 57,000 peminat, dengan Alexis Saelemaekers hampir meledak gol lewat buat Milan.

Sementara itu, Lautaro Martinez terlepas peluang menyempurnakan penalti Inter dan gagal memanfaatkan peluang untuk memenangi perlawanan ketika mereka mengintai kemenangan untuk menyuntik semangat dalam usaha memburu kejuaraan.

Skuad kendalian Simone Inzaghi ketinggalan tujuh mata di belakang dua pasukan pendahulu liga dan berada di tangga ketiga.

"Melihat peluang untuk melakukan perubahan dan kami berhak lebih dari itu," kata Inzaghi.

"Milan dan Napoli mengekalkan rentak cemerlang tetapi masih ada masa dan kami berada di sana. Kami akan terus memberi tekanan."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 November 2021 @ 8:32 AM