FATI (kanan) ledakan gol kemenangan buat Barca. -FOTO EPA
FATI (kanan) ledakan gol kemenangan buat Barca. -FOTO EPA
APF

Kiev: Ansu Fati berkata gol dan kemenangan Barcelona adalah untuk Sergio Aguero yang tidak bersama pasukan itu ketika mereka menang 1-0 ke atas Dynamo Kiev semalam seterusnya meletakkan Catalans di kedudukan kedua Kumpulan E Liga Juara-Juara.

Ia adalah kejayaan pertama Barca di tempat lawan musim ini dalam semua pertandingan membolehkan mereka mengatasi Benfica selepas tewas 2-5 kepada Bayern Munich yang sudahpun layak ke saingan 16 terbaik.

"Gol ini untuk Kun (Aguero). Kemenangan ini untuk dia. Ini adalah dedikasi saya kepadanya," kata Fati.

"Kami akan terus berlawan. Kami bergantung pada diri sendiri dan kami akan melakukan segala-galanya. Kami tahu ini adalah minggu penting," katanya menjelang kunjungan ke Celta Vigo untuk saingan La Liga Ahad ini.

Pengendali Dynamo Kiev, Mircea Lucescu tidak menurunkan Benjamin Verbic untuk Denys Garmash dengan pemain tengah Serhiy Sydorchuk mengalas tugas ketua pasukan selepas menjaringkan dua gol ketika mereka menang ke atas FK Maiupol dalam saingan liga Sabtu lalu.

Jurulatih sementara Barca, Sergi Barjuan melakukan tiga perubahan berbanding senarai ketika mereka mencatatkan keputusan seri dengan Alaves dengan Fati menggantikan Aguero.

Penyerang Argentina, Aguero dijangka tidak akan diturunkan untuk sekurang-kurangnya tiga bulan bagi membolehkan menjalani rawatan untuk masalah jantung yang masih lagi perlu diberi perhatian.

Kedua-dua pasukan hanya sekali menjaringkan gol pada tiga perlawanan pembukaan tahun ini dan masih lagi bergelut dengan permulaan perlahan musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 November 2021 @ 9:25 AM