Di Maria ledakan gol kemenangan PSG. - FOTO AFP
Di Maria ledakan gol kemenangan PSG. - FOTO AFP
APF

Paris: Neymar membantu Angel Di Maria meledakkan gol minit ke-88 untuk membolehkan Paris Saint-Germain sekali lagi bangkit daripada ketinggalan dan kali ini menewaskan juara bertahan, Lille 2-1 awal pagi tadi.

Tanpa ketiadaan Kylian Mbappe dan Lionel Messi yang dikeluarkan pada separuh masa pertama, PSG memerlukan gol penyamaan daripada kapten Marquinhos minit ke-74 selepas Jonathan David meletakkan pelawat terlebih dahulu di depan di Parc des Princes.

Di Maria membantu gol penyamaan dan kemudian meledakkan gol dari sepakan rendah hasil bantuan Neymar untuk memastikan kemenangan buat PSG dan melebarkan kelebihan di persada Ligue 1 kepada 10 mata mengatasi pasukan di tempat kedua sebelum berehat hujung minggu.

Namun persembahan yang kurang bertenaga ditunjukkan skuad kendalian Mauricio Pochettino dan jurulatih lagi itu sekali lagi meninggalkan persoalan yang perlu dijawab.

Ia adalah kali ketiga PSG dari empat perlawanan di laman sendiri bangkit daripada ketinggalan untuk menjaringkan gol kemenangan di lewat perlawanan dan menewaskan Lille pasukan yang berada di kedudukan tengah liga selepas permulaan buruk untuk mempertahankan kejuaraan mereka.

Ketiadaan penjaring terbanyak Mbappe kerana sakit dan perancang utama yang cedera Marco Verratti nyata tidak membantu.

"Ia bukanlah kali pertama pasukan bertindak balas seperti mereka lakukan. Ia menunjukkan mentaliti dan perwatakan yang mereka ada," kata Pochettino.

"Kami mahu menang sebaik mungkin dengan jumlah yang besar. Kebenaran yang perlu diterima ialah sering kali kami bergelut tetapi menang 10 perlawanan liga daripada 12."

Messi dikeluarkan selepas babak pertama masih belum menemui jaringan gol selepas lima penampilan di Ligue 1. Rekod itu pastinya bukan yang diharapkan daripadanya apabila tiba pada Ogos lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Oktober 2021 @ 7:58 AM