Anggota keselamatan menahan seorang penonton yang menceroboh padang dan mendekati penyerang PSG, Lionel Messi (tiga kanan) pada aksi Ligue 1 di Marseille. FOTO AFP
Anggota keselamatan menahan seorang penonton yang menceroboh padang dan mendekati penyerang PSG, Lionel Messi (tiga kanan) pada aksi Ligue 1 di Marseille. FOTO AFP
AFP

Paris: Lionel Messi gagal menyerlah ketika Paris Saint-Germain yang menamatkan perlawanan dengan 10 pemain terikat 0-0 berdepan seteru utama, Marseille dalam suasana tegang saingan Ligue 1.

Pertembungan musuh utama dalam bola sepak Perancis tambah panas ketika beberapa objek di baling dari tempat duduk penonton apabila pemain PSG mengambil sepakan sudut.

Terdapat juga gangguan pada separuh masa kedua apabila seorang lelaki menceroboh masuk padang dan mengganggu Messi sebelum diiringi keluar oleh petugas keselamatan.

Ia malam yang sukar buat barisan PSG, yang mungkin dapat mengatasi lawan sebelum mereka terpaksa beraksi 10 pemain apabila Achraf Hakimi diperintah keluar padang pada babak kedua.

Perlawanan itu turut menyaksikan dua jaringan tidak dibenarkan pada babak pertama kerana ofsaid, satu daripadanya gol sendiri oleh pertahanan Marseille, Luas Peres dan satu lagi daripada Arkadiusz Milik.

Ia adalah keputusan yang di terima dengan lapang dada oleh skuad kendalian Mauricio Pochettino yang hanya tewas satu perlawanan dalam 11 aksi pembukaan di Ligue 1 dan selesa dengan tujuh mata di puncak liga berbanding Lens di tempat kedua.

"Saya fikir kami beraksi sangat baik, tetapi kami tidak dapat menjaringkan gol," kata Pochettino kepada Amazon Prime.

"Pasukan menunjukkan karektor yang bagus dan sudah tentu mempamerkan identiti dan gaya tersendiri."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Oktober 2021 @ 12:18 PM