HAALAND terpaksa diketepikan beberapa minggu akibat kecederaan pinggul. FOTO AFP
HAALAND terpaksa diketepikan beberapa minggu akibat kecederaan pinggul. FOTO AFP
AFP

Berlin: Penyerang bintang Borussia Dortmund, Erling Haaland terpaksa berehat beberapa minggu selepas mengalami kecederaan pinggul, jelas jurulatih, Marco Rose.

Pemain antarabangsa Norway itu beraksi dalam keseluruhan permainan ketika Dortmund kalah 0-4 kepada Ajax dalam saingan Liga Juara-Juara kelmarin.

"Masa untuk memberi fokus kepada kecederaan saya. Saya akan kembali lebih bersemangat," kata Haaland di Twitter.

Ketiadaan Haaland bakal memberi kesan kepada Dortmund yang sekarang ini menghuni tangga kedua, satu mata di belakang pendahulu, Bayern Munich.

Haaland sudah meledak sembilan gol musim ini untuk menduduki tangga teratas penjaring terbanyak liga bersama penyerang Bayern, Robert Lewandowski.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Oktober 2021 @ 8:51 PM