PATUNG lilin Ronaldo (kanan) masih lagi ‘memakai’ jersi pasukan lamanya iaitu Juventus. FOTO EPA
PATUNG lilin Ronaldo (kanan) masih lagi ‘memakai’ jersi pasukan lamanya iaitu Juventus. FOTO EPA
AFP

Dubai: Madame Tussaud Dubai akan segera menukarkan jersi patung lilin Cristiano Ronaldo selepas mendapat reaksi dari media bahawa bintang Portugal itu 'memakai' jersi yang salah.

Muzium lilin terkenal dari London itu dibuka minggu ini di lokasi pertama di bumi Arab di Dubai, dengan patut lilin Ronaldo masih lagi 'memakai' jersi belang hitam putih iaitu kelab lamannya, Juventus.

Ogos lalu, Ronaldo kembali semula ke pangkuan Manchester United dengan kontrak selama dua tahun.

"Dengan dunia sukan yang sentiasa berubah dan pantas di mana pemain kerap berpindah pasukan, peminat Cristiano Ronaldo berasa sangat gembira mendengar bahawa patung lilinnya akan segera diperbaiki dengan mengenakan jersi barunya di Manchester United," kata pihak muzium berkenaan.

Beberapa media Britain dan Portugal mengesan bahawa patung lilin bintang berusia 36 tahun itu 'memakai' jersi yang salah di muzium berkenaan iaitu jersi pasukan Juventus, kelab yang diwakilinya selama tiga musim.

Pemenang Ballon d'Or selama lima kali itu mulanya mencipta namanya di peringkat antarabangsa selepas mewakili United selama enam tahun dari 2003 hingga 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Oktober 2021 @ 10:22 PM