Penyerang Manchester United, Mason Greenwood (tengah) meledak gol menarik ketika menentang Leicester. FOTO AFP
Penyerang Manchester United, Mason Greenwood (tengah) meledak gol menarik ketika menentang Leicester. FOTO AFP
Agensi

London: Jamie Carragher memberitahu Cristiano Ronaldo tidak akan disenaraikan dalam pilihan kesebelasan utama gandingan Manchester United dan Liverpool malah dia percaya Jurgen Klopp tidak akan memilih penyerang Portugal itu buat masa ini.

Pemain berusia 36 tahun yang meledak lima gol daripada tujuh perlawanan dalam semua kejohanan buat skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer musim ini susulan kepulangan sensasi ke Old Trafford pada musim panas.

Penyerang kebangsaan Portugal itu akan berdepan Liverpool buat kali ke-13 dalam kariernya pada Ahad apabila anak buah Klopp berkunjung ke Old Trafford, tetapi akan memulakan perlawanan selepas kemarau jaringan dalam tiga aksi terakhir Liga Perdana.

Malah bekas pertahanan Liverpool, Carragher menegaskan ketika ini dia akan menyenaraikan Mason Greenwood yang dilabel sebagai 'superstar' mengatasi Ronaldo ketika pemain muda berkenaan meledak gol menarik di Leicester untuk melebarkan rekod jaringan peribadi kepada empat gol selepas meledak 12 gol musim lalu.

"Saya adalah peminat utama Greenwood, saya fikir dia adalah superstar, sememangnya," kata Carragher kepada Sky Sports.

"Bagaimana anda menyenaraikan Ronaldo, dalam perkara apa dilakukannya, berdasarkan reputasi legenda? Saya bercakap mengenai perkara semasa, saya mahu Greenwood dalam senarai."

Antara senarai nama yang berada dalam pasukan pilihan Carragher itu adalah sembilan pemain Liverpool dan dua pemain United membabitkan Bruno Fernandes selain Greenwood mengetuai jentera serangan.

Terdahulu selepas kekalahan 2-4 kepada Leicester dalam saingan Liga Perdana, Sabtu lalu, Red Devils kembali ke saingan Liga Juara-Juara dengan melayan kunjungan wakil Itali, Atalanta pada awal pagi Khamis ini.

United menduduki tangga ketiga dengan memungut tiga mata selepas dua perlawanan sementara Atalanta menerajui Kumpulan F dengan empat mata hasil satu kemenangan dan satu seri.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Oktober 2021 @ 11:21 AM