Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer. FOTO AFP
Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer. FOTO AFP
Agensi

London: Pengurusan tertinggi Manchester United dilaporkan berpuas hati dengan prestasi kelab itu di bawah kendalian ketua jurulatih, Ole Gunnar Solskjaer ketika ini.

Red Devils tidak mempunyai perancangan untuk memecat pengendali dari Norway itu sekalipun prestasi mengecewakan yang menyaksikan mereka hanya mencatat satu kemenangan daripada lima perlawanan terakhir dalam semua kejohanan.

Bekas bos Chelsea, Antonio Conte dilaporkan menjadi calon pilihan sebagai pengganti Solskjaer.

Menurut beberapa laporan, Man United memperlihatkan Solskjaer, 48, sebagai perancangan jangka panjang.

Laporan menyatakan juara Inggeris 20 kali itu menyokong penuh pengendali itu dan akan terus memberi galakan kepadanya untuk memacu kelab berkenaan ke puncak Liga Perdana sekali lagi.

Man United hanya memperoleh satu mata daripada tiga perlawanan terakhir liga dan kini berada di kedudukan ke enam carta, lima mata di belakang pendahulu, Chelsea.

Red Devils kembali ke saingan Liga Juara-Juara menentang Atalanta BC pada awal pagi Khamis sebelum melayang kunjungan musuh tradisi, Liverpool di Old Trafford dalam saingan Liga Perdana pada Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Oktober 2021 @ 2:34 PM