Bintang Barcelona, Ansu Fati (kiri) meledak gol pembukaan buat pasukannya ketika berdepan Valencia. FOTO AFP
Bintang Barcelona, Ansu Fati (kiri) meledak gol pembukaan buat pasukannya ketika berdepan Valencia. FOTO AFP
AFP

Madrid: Ansu Fati sekali lagi menjadi penyelamat dengan meledak gol sensasi dan berjaya memperoleh penalti dalam kemenangan 3-1 ke atas Valencia ketika Barcelona kembali melakar kemenangan penting minggu ini.

Memphis Depay menyempurnakan penalti dan Philippe Coutinho yang dimasukkan mengganti Fati selepas sejam perlawanan pula menambah jaringan ketiga untuk memastikan kemenangan selesa selepas Valencia mendahului seawal minit kelima aksi.

Fati direhatkan dengan Valencia masih mengejar untuk menyamakan kedudukan dan penanda aras bagaimana begitu penting Ronald Koeman harus mempertimbangkan pembabitan pemain itu dalam aksi Liga Juara-Juara pada Khamis ini berdepan Dynamo Kiev, serta perlawanan Clasico pertama musim ini menentang Real Madrid, empat hari kemudian.

"Kami mengharungi minggu ini dengan tiga perlawanan besar di laman sendiri dan yang pertama adalah sangat penting," kata Koeman.

"Apabila anda memulakan perlawanan dengan gol penyamaan awal ia membabitkan tekanan namun kami berjaya mengatasinya.

Selepas tewas dua perlawanan awal kepada Bayern Munich dan Benfica, Barca berada di kedudukan tercorot kumpulan, bermakna kemenangan ke atas Kiev harus dicapai bagi menghidupkan peluang bersaing dalam kejohanan.

Sementara itu, Madrid yang memungut 17 mata dalam saingan La Liga hanya dua mata mengatasi Barcelona namun mereka mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Madrid yang tewas 1-2 pada aksi menentang Espanyol awal bulan ini akan berkunjung ke Shakhtar Donetsk, Rabu ini bagi aksi Liga Juara-Juara.

Sebaliknya dengan menjadikan Fati sebagai harapan baru Barcelona, pemain berusia 18 tahun dan memakai jersi nombor 10 yang sebelum ini milik Lionel Messi, kini menjadi simbol di mana apa yang diperkenalkan kelab sebagai 'Impian Remaja' dan memanfaatkan bakat masa depan.

Ia adalah perlawanan keempat pemain muda itu sejak kembali beraksi selepas 11 bulan tersisih kerana kecederaan lutut.

"Kami cuba memastikan Ansu berada pada tahap maksimum yang boleh," kata Koeman.

"Satu jam adalah apa yang kami bincangkan bersama doktor, selebihnya kami tidak mahu membebankan dirinya dalam minggu yang penting ini."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Oktober 2021 @ 9:04 AM