KOEMAN (dua kanan) menyaksikan barisan pemainnya ketika sesi latihan. FOTO EPA
KOEMAN (dua kanan) menyaksikan barisan pemainnya ketika sesi latihan. FOTO EPA
AFP

Madrid: Ronald Koeman berkata, Barcelona mempunyai pasukan yang mampu memenangi La Liga selepas barisan pemain yang mengalami kecederaan pulih sepenuhnya.

Barca ketika ini menduduki tangga kesembilan liga menjelang minggu yang sibuk termasuk aksi liga bertemu Valencia awal pagi Isnin dan Real Madrid minggu depan serta aksi Liga Juara-Juara bertemu Dynamo Kiev di halaman sendiri.

Koeman berkata Sergio Aguero mungkin dapat menyertai pasukan untuk bertemu Valencia.

Bekas penyerang Manchester City itu masih belum melakukan penampilan pertama bersama Barcelona kerana mengalami kecederaan betis.

Ousmane Dembele, Pedri, Martin Braithwaite dan Ronald Araujo turut tidak dapat beraksi manakala Ansu Fati baru kembali selepas mengalami kecederaan lutut untuk tempoh yang panjang.

"Sedikit demi sedikit kami akan memperolehi skuad yang kami mahukan," kata Koeman pada sidang media hari ini.

"Kami tidak bernasib baik kerana berdepan masalah kecederaan tapi apabila mereka semua pulih sepenuhnya, kami akan mempunyai pasukan yang mampu bersaing merebut kejuaraan liga."

Aguero beraksi selama 25 minit dan menjaringkan gol pada perlawanan persahabatan bertemu Cornella, Rabu lalu selepas kembali menjalani latihan awal minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Oktober 2021 @ 8:52 PM