AKSI Suarez selepas menjaringkan gol buat Atletico Madrid. -FOTO AFP
AKSI Suarez selepas menjaringkan gol buat Atletico Madrid. -FOTO AFP
AFP

Madrid: Luis Suarez menambah kesengsaraan Barcelona apabila menjaringkan gol untuk membolehkan Atletico Madrid menang 2-0 ketika Ronald Koeman menegaskan beliau mempunyai sokongan untuk terus kekal sebagai jurulatih.

Presiden Barca, Joan Laporta beberapa jam sebelum sepak mula berkata, Koeman akan terus menjadi jurulatih 'tanpa mengira keputusan' di Wanda Metropolitano.

Koeman mengesahkan selepas perlawanan bahawa beliau sudah bertemu Laporta pada malam Jumaat dan Sabtu pagi.

Beliau menyambut baik penjelasan mengenai masa depannya yang dia yakin akan memberi manfaat kepada pasukan.

"Penjelasan sangat penting untuk tingkatkan keyakinan jurulatih dan pemain juga untuk mereka tahu sama ada jurulatih akan terus kekal atau tidak.

"Dia sudah membuat keputusannya, seperti yang dikatakan sebelum ini jadi semuanya sempurna," kata Koeman.

Suarez hanya menyatukan tangan dan memandang ke langit tanpa sebarang kata-kata ketika meraikan kejayaannya menjaringkan gol kerana menghormati bekas kelabnya itu di mana dia menghabiskan enam tahun bersama dan menjaringkan 198 gol.

"Ia atas dasar hormat, cinta, untuk perjalanan yang saya harungi di Barca dan juga buat peminat-peminat," kata Suarez.

Bagaimanapun bintang Uruguay itu membuat isyarat menelefon yang seakan ditujukan kepada Koeman, selepas pengendali itu memberitahunya yang dia tidak diperlukan di Camp Nou lebih setahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Oktober 2021 @ 9:06 AM