ALEKSANDR Sobolev meledakkan gol ketiga  Spartak Moscow. FOTO AFP
ALEKSANDR Sobolev meledakkan gol ketiga Spartak Moscow. FOTO AFP
AFP

London: Leicester dan Napoli berdepan cabaran getir untuk layak ke peringkat kalah mati Liga Europa selepas kedua-duanya tewas awal pagi tadi.

Leicester tewas 1-0 kepada Legia Warsaw di Poland, manakala rekod tanpa kalah Napoli musim ini ditamatkan Spartak Moscow selepas Quincy Promes meledakkan dua gol untuk mereka mencatatkan kemenangan 3-2 buat pasukan dari Russia itu di Stadium Diego Maradona.

Leicester bermula dengan teruk dalam Liga Perdana musim ini berbanding skuad dari Itali itu yang mendahului Serie A dengan rekod 100 peratus,

Brendan Rodgers perlu membuat perubahan besar menjelang kunjungan ke Crystal Palace Ahad ini dan perlu membayar harga yang mahal berdasarkan apa yang sudah dipamerkan.

"Saya membuat perubahan tetapi ia tidak mengubah kepentingannya. Kami ada empat lagi perlawanan untuk layak," kata Rodgers.

"Kami hanya ada satu mata selepas dua perlawanan tetapi kami ada masa yang cukup masa untuk melakukannya."

Napoli pula bermula dengan baik apabila Elif Elmas meledak hanya selepas 11 saat.

Bagaimanapun selepas Mario Rui dilayangkan kad merah pada minit ke-29, ia mengubah rentak permainan.

Promes menyamakan kedudukan pada awal babak kedua dan Mikhail Ignatov meletakkan pelawat di depan sebelum perlawanan seimbang apabila Maximiliano Caufriez juga dibuang padang.

Satu lagi gol daripada Promes pada penghujung saingan semakin menyukarkan Napoli walaupun kembai merapatkan jaringan menerusi Victor Osimhen.

Legia mendahului kumpulan dengan enam mata manakala Spartak tiga mata sementara pasukan lebih ternama Leicester dan Napoli masing-masing memungut satu mata. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Oktober 2021 @ 8:12 AM