PIERRE Hojbjerg ledak gol penyamaan buat Spurs. FOTO AFP
PIERRE Hojbjerg ledak gol penyamaan buat Spurs. FOTO AFP
AFP

Rennes: Pierre-Emile Hojbjerg yang dimasukkan sebagai pemain gantian membantu Tottenham Hotspur melakarkan keputusan seri 2-2 pada kunjungan mereka Perancis bertemu Rennas dalam aksi Liga Conferance Eropah awal pagi tadi.

Gol sendiri jaringan Loic Bade membolehkan Spurs mendahului dalam aksi di Brittany namun Flavien Tait dan Gaetan Laborde meletakkan Rennes di depan pada minit ke-72.

Bagaimanapun kedudukan itu tidak lama apabila Hojbjerg meledakkan gol penyamaan dan keputusan itu satu yang baik buat skuad Tottenham yang dibimbing Nuno Espirito Santo selepas mereka tewas 0-3 berdepan Crystal Palace minggu lalu.

"Ia tidak sempurna, tapi kami mempamerkan banyak karektor dan percaya boleh mengubah keputusan selepas ketinggalan," kata Nuno yang menurunkan barisan kedua.

"Mereka adalah pasukan yang sukar untuk dilawan dan tidak mudah untuk menganalisa perlawanan - kami mempunyai banyak pemain di luar posisi.

Ketika ini kedudukan empat tempat teratas saingan Liga Perdana dan kembali dalam saingan Liga Juara-Juara menjadi keutamaan Spurs, mereka perlu bijak untuk memilih persaingan yang menawarkan peluang realistik untuk merangkul piala buat kelab yang belum pernah diraih sejak memenangi Piala Liga pada 2008.

Aksi seterusnya dalam kumpulan G adalah menentang juara Slovenia Mura yang tewas 0-2 kepada pasukan dari Belanda, Vitesse Arnhem.

Namun mereka sebelum itu terlebih akan berdepan Chelsea hujung minggu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 September 2021 @ 8:32 AM