HADI menyerahkan jersi Numazu kepada Reezal. FOTO Hadi Fayyadh
HADI menyerahkan jersi Numazu kepada Reezal. FOTO Hadi Fayyadh
Hadi Fayyadh dari Jepun

Assalamualaikum. Di harap semua pembaca Harian Metro berada dalam keadaan yang sihat bersama keluarga tersayang.

Alhamdulillah, saya di sini juga berada dalam keadaan yang baik. Masih lagi sibuk dengan rutih harian dan proses pemulihan kendiri selepas daripada pemdedahan ACL tempoh hari.

Semuanya berjalan dengan baik dengan sokongan pasukan saya di sini dan juga sokongan semua peminat serta rakan-rakan di Malaysia.

Beberapa minggu yang lalu, saya berkesempatan bertemu dengan mantan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang berada di Jepun bagi temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Gembira rasanya dapat bertemu dengan beliau serta delegasi lain dari Malaysia.

Sepanjang pertemuan yang singkat itu, Datuk Seri Reezal banyak bertanya tentang keadaan saya di sini serta perkembangan proses pemulihan. Saya juga turut menceritakan berkaitan program-program bola sepak yang pernah saya bersama Yakult Malaysia anjurkan di Malaysia di mana saya berharap agar ia dapat diteruskan semula selepas keadaan Covid-19 bertambah baik nanti.

Saya juga berterima kasih di atas kesudian beliau bertemu saya di sana. Saya juga sempat menghadiahkan kepada beliau jersi Numazu.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Datuk Azizulhasni Awang di atas pencapaian pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan juga tahniah kepada pasangan beregu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik atas kemenangan pingat gangsa mereka.

Sesungguhnya kejayaan mereka mengharumkan nama negara Malaysia menjadi perangsang kepada saya untuk berusaha lebih gigih di sini.

Saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjuang kepada kontinjen paralimpik negara yang akan beraksi minggu depan. Semoga mereka semua mampu melakar aksi terbaik di bumi Tokyo ini.

Saya rasa itu sahajalah catatan saya di sini. Saya mengharapkan agar kita semua sentiasa menjaga diri dan orang tersayang, supaya kita terhindar dari segala bahaya yang ada. Semoga kita dapat berjumpa lagi dalam penulisan akan datang.

Sekian, Terima Kasih semua.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Ogos 2021 @ 9:10 PM