Nuno Espirito Santo (tengah) bersalaman dengan pemainnya selepas Spurs menewaskan Man City, 1-0. FOTO EPA
Nuno Espirito Santo (tengah) bersalaman dengan pemainnya selepas Spurs menewaskan Man City, 1-0. FOTO EPA
AFP

London: Pengendali Tottenham, Nuno Espirito Santo memberitahu Harry Kane supaya kembali cergas dan bersedia membantu Spurs selepas menewaskan penyandang juara Manchester City 1-0 dalam aksi pembukaan mereka di Liga Perdana Inggeris, pagi ini.

Kane tiada dalam senarai skuad Spurs dengan masa depannya di kelab itu masih menjadi tanda tanya berhubung minat dari City.

Sekalipun tanpa bintang mereka, Tottenham memberikan Nuno permulaan yang diidamkan ketika Son Heung-min meledak gol kemenangan di hadapan penonton yang memenuhi stadium.

Peminat Spurs meraikan kemenangan dengan bersorak adakah anda melihat Harry Kane pada penghujung aksi.

"Harry adalah salah seorang pemain terbaik dalam dunia, kami bertuah kerana memilikinya, jadi dia perlu bersedia dan membantu pasukan," kata Nuno.

"Saya pasti dengan komitmen dan bakat yang kami ada kami pasti mempunyai pasukan yang bagus."

Nuno mengakui Tottenham terpaksa bergelut ketika City mempamerkan aksi agresif dan terlepas beberapa peluang menjaringkan gol pada 15 minit awal permainan.

"Saya fikir kami bernasib baik kerana mereka mempunyai peluang terbaik, tetapi kami berjaya mengawalnya," tambah Nuno.

"Kami tahu ia akan menjadi sukar dan selepas 15 minit kami kembali dengan lebih baik.

"Keadaan suasana dan terutamanya kerja keras pemain membuatkan mana-mana pengurus bangga."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Ogos 2021 @ 7:21 AM