Jorginho (tengah) menjulang trofi Euro 2020 selepas membantu Itali menewaskan England pada final di Stadium Wembley. FOTO Agensi
Jorginho (tengah) menjulang trofi Euro 2020 selepas membantu Itali menewaskan England pada final di Stadium Wembley. FOTO Agensi
Agensi

Rom: Ejen Jorginho, Joao Santos berkata perancang tengah Chelsea itu mungkin sedia meninggalkan Stamford Bridge musim panas ini jika mendapat tawaran yang baik.

Skuad kebangsaan Itali itu menamatkan saingan musim lalu sebagai penjaring terbanyak skuad Blues di Liga Perdana Inggeris (EPL), secara kebetulan semua tujuh gol yang dijaringkan terhasil menerusi sepakan penalti.

Jorginho yang juga bekas tonggak Napoli turut beraksi cemerlang dalam kempen Euro 2020. Dia beraksi dalam setiap perlawanan buat Azzurri yang mengakhiri saingan dengan muncul juara kejohanan.

Spekulasi hadir mengenai masa depan pemain berusia 29 tahun itu, dengan Juventus diketahui antara yang berminat dan Santos mengakui perpindahan itu mungkin boleh dicapai.

"Saya mengesahkan, kecenderungan minat ini sudah tiba," katanya.

"Sudah tentu pada usia 29 tahun dia mampu beraksi baik di semua kelab utama Eropah dan ramai yang berminat mendapatkan khidmatnya."

Bagaimanapun, Jorginho masih mempunyai kontrak dua tahun bersama Chelsea dan Santos menjelaskan: "Semuanya bergantung pada kelab.

"Terdapat Kejohanan Kelab Dunia, terdapat Piala Super Eropah. Bagi seorang pemain bola sepak ini adalah impian yang sangat utama.

"Tapi pasaran perpindahan tetap pasaran perpindahan dan jika kelab utama menyatakan tawaran serius dengan Chelsea kemudian kami akan mengkaji. Buat masa ini, Jorginho akan beraksi di Chelsea musim depan."

Jorginho melakukan 141 penampilan buat Chelsea sejak menyertai kelab itu dari Napoli pada 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Julai 2021 @ 11:11 PM