SANCHO ketika ini bersama skuad kebangsaan England untuk saingan Euro 2020. FOTO AFP
SANCHO ketika ini bersama skuad kebangsaan England untuk saingan Euro 2020. FOTO AFP
Agensi

London: Jadon Sancho akan dapat meningkatkan prestasi bintang Manchester United, Bruno Fernandes, Paul Pogba dan Edinson Cavani apabila tiba di Old Trafford, menurut bekas jurulatih pemain sayap itu.

Bidaan United untuk mendapatkan Sancho diterima Borussia Dortmund dan pemain berusia 21 tahun itu hampir pasti berhijrah ke kelab gergasi Liga Perdana itu.

Louis Lancaster yang bekerjasama dengan bintang England itu di Watford selama lapan tahun ketika zaman remajanya percaya Sanco adalah pembelian terbaik untuk skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer.

Dia memberitahu saluran YouTube Stretford Paddock: "Pertama sekali dia akan menyumbang gol serta mencipta peluang.

"Dia bukan seorang pemain yang cemerlang semusim sahaja. Sancho membuktikan dia pemain yang konsisten.

"Tapi saya rasa kualiti terbaik Sancho ialah dia dapat menyesuaikan diri dengan cepat rentak permainan rakan sepasukan lain.

"Walaupun United terpaksa berbelanja besar untuk mendapatkan satu pemain baru, saya rasa mereka akan memperoleh pemain lebih baik berbanding Fernandes, Pogba dan Cavani.

"Dia mampu meningkatkan prestasi barisan pemain lain."

Sancho melalui musim cemerlang di Borussia Dortmund untuk kempen 2020-2021.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Julai 2021 @ 9:27 AM