Pasukan Jepun dilabel pilihan Kumpulan B.
Pasukan Jepun dilabel pilihan Kumpulan B.
AFP

Kuala Lumpur: Pasukan di ranking tertinggi Asia, Jepun diundi bertemu Australia, China dan Arab Saudi dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022 Qatar.

Iran yang berada di ranking kedua tertinggi pula diundi dalam kumpulan sama pasukan 'heavyweight' Korea Selatan bagi saingan kelayakan, yang dijadualkan berlangsung dari September hingga Mac tahun depan.

Sebanyak 12 pasukan mengambil bahagian yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

Japan dalam Kumpulan B, memburu penampilan ketujuh berturut-turut di pusingan akhir Piala Dunia.

Australia dan Arab Saudi pernah melepasi pusingan akhir pada lima temasya sebelum ini dan China hanya sekali.

Dua lagi pasukan dalam kumpulan sama, Oman dan Vietnam pula tidak pernah layak.

Iran dalam Kumpulan A, melakukan lima penampilan pada pusingan akhir Piala Dunia sebelum ini, sementara Korea Selatan akan mengintai peluang untuk penampilan ke-11.

Kumpulan mereka dilengkapkan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Iraq - dengan kedua-duanya pernah mara ke pusingan akhir sekali sebelum ini dan ia turut disertai Syria dan Lubnan, yang tidak pernah layak.

Juara dan naib juara bagi setiap kumpulan akan layak ke pusingan akhir Piala Dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Julai 2021 @ 6:54 PM