SANCHO yang juga pemain tengah Dortmund akan bersama United musim depan. FOTO AFP
SANCHO yang juga pemain tengah Dortmund akan bersama United musim depan. FOTO AFP
AFP

London: Manchester United bersetuju untuk menandatangani penyerang England, Jadon Sancho dari Borussia Dortmund dengan perjanjian bernilai £72.9 juta (RM418.5 juta), menurut laporan yang dikeluarkan semalam.

United berminat membawa Sancho ke Old Trafford sejak tahun lalu dan mereka akhir bersedia untuk mendapatkan pemain itu.

Selepas gagal memenuhi permintaan Dortmund £100 juta (RM574.1 juta) yang dituntut tahun lalu, kelab Liga Perdana itu melakukan rundingan yang berterusan sejak akhir musim.

Tawaran United £67 juta (RM384.7 juta) ditolak namun mereka meningkatkan tawaran untuk meyakinkan Dortmund agar menjual walaupun pada harga yang jauh lebih rendah berbanding yang diinginkan 12 bulan lalu berikutan masalah kewangan kerana wabak Covid-19.

Sancho dipercayai diberi kebenaran untuk membincangkan mengenai syarat peribadi dengan United.

Dia dikatakan akan menandatangani kontrak lima tahun sejurus selepas selesai pemeriksaan kesihatan.

Sancho akan menjadi pemain kedua termahal dalam bola sepak Inggeris apabila dia menyertai United selepas mengikat Harry Maguire dua tahun lalu dari Leicester dengan nilai £80 juta (RM459.3 juta).

Ia bermakna pemain berusia 21 tahun yang juga lulusan akademi Manchester City akan kembali bersama Manchester selepas menyertai Dortmund iaitu pasukan pertamanya pada 2017.

Sancho melakukan 137 penampilan dalam semua pertandingan bersama Dortmund, meledakkan 50 gol menjadikan dirinya sebagai salah satu bintang muda paling cemerlang di Eropah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Julai 2021 @ 6:07 AM