Bekas pengendali Liverpool dan Newcastle, Rafael Benitez dari Sepanyol dilantik pengendali Everton. FOTO AFP
Bekas pengendali Liverpool dan Newcastle, Rafael Benitez dari Sepanyol dilantik pengendali Everton. FOTO AFP
AFP

London: Everton melantik Rafael Benitez sebagai pengendali baru mereka hari ini sekalipun mendapat bantahan daripada peminat berhubung tindakan kelab Liga Perdana Inggeris itu menawarkan jawatan kepada bekas bos Liverpool terbabit.

Benitez dilaporkan bersetuju dengan kontrak tiga tahun bersama Everton dan menjadi orang pertama yang menguruskan dua pasukan tetangga sejak William Edward Barclay pada 1890an.

"Saya berbangga dapat menyertai Everton. Mengharungi proses ini saya sangat kagum dengan minat yang ditunjukkan wakil pegawai kanan di kelab ini dan mereka berhasrat membawa kejayaan kepada kelab bersejarah ini," kata Benitez.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Jun 2021 @ 11:10 PM