PERISIC diuji positif Covid-19 dan kini menjalani proses kuarantin 10 hari. AFP
PERISIC diuji positif Covid-19 dan kini menjalani proses kuarantin 10 hari. AFP
AFP

Zagreb: Croatia akan turun tanpa kelibat Ivan Perisic pada perlawanan peringkat kedua menentang Sepanyol selepas pemain sayap Inter Milan itu diuji positif Covid-19.

Perisic meledakkan dua gol dalam tiga perlawanan di kejohanan itu untuk membawa finalis Piala Dunia 2018 ke pusingan kalah mati selepas permulaan yang perlahan.

Kejohanan ini bagaimanapun sudah berakhir buatnya yang perlu mengasingkan diri selama 10 hari dan akan terlepas suku akhir dan separuh akhir jika Croatia mara.

"Pada malam Sabtu Persekutuan Bolasepak Croatia menerima keputusan SARS-CoV-2 virus seperti biasa yang menunjukkan Ivan Perisic positif Covid-19," kata persekutuan itu dalam satu kenyataan.

"Pegawai perubatan mengasingkan Ivan daripada rakan pasukan yang lain dan memberi tahu pihak berkuasa dengan segera mengenai situasi itu dan turut menyerahkan bukti dan semua yang diperlukan untuk membendung penularan Covid-19.

"Perisic akan mengasingkan diri selama 10 hari dan dalam tempoh berkenaan dia tidak akan terbabit dalam perlawanan bersama pasukan kebangsaan Croatia."

Bagaimanapun skuad Croatia yang lain serta kakitangan sokongan semuanya diuji negatif.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Jun 2021 @ 8:14 AM