ITALI adalah pasukan yang diminati Hadi Fayyadh sejak kecil. FOTO Ihsan Instagram hadifayyadhh
ITALI adalah pasukan yang diminati Hadi Fayyadh sejak kecil. FOTO Ihsan Instagram hadifayyadhh
Hadi Fayyadh di Jepun

Assalamualaikum dan Salam Hari Minggu buat semua. Di harap semua pembaca Metro Ahad berada dalam keadaan yang sihat bersama keluarga tersayang.

Alhamdulillah, saya di sini juga berada dalam keadaan yang baik. Sibuk dengan rutih harian dan proses pemulihan kendiri selepas daripada pembedahan ACL tempoh hari. Semuanya berjalan dengan baik dengan sokongan pasukan saya di sini dan juga sokongan semua peminat serta rakan-rakan di Malaysia.

Peminat bola sepak di Malaysia pastinya sedang bersemangat menyokong pasukan kegemaran masing-masing dalam saingan Euro 2020 yang sedang berlangsung bukan? Rasa cemburu juga bila lihat penyokong mereka penuh di setiap stadium yang berlangsungnya perlawanan ini. Anda sokongan pasukan mana?

Saya sendiri secara peribadi menyokong pasukan Itali. Itali adalah pasukan yang saya minati sejak kecil lagi. Apa yang membuatkan saya tertarik untuk menyokong pasukan ini adalah mereka punyai satu semangat yang sangat tinggi dalam setiap perlawanan.

Kita boleh lihat sebelum mereka bermain, mereka akan menyanyikan lagu negara mereka dengan penuh semangat dan apabila mereka berada di padang, mereka bermain bermati-matian untuk mendapatkan kemenangan. They have a very good winning mentality on field.

Selain daripada pasukan Itali, saya rasa pasukan Perancis mampu memberikan saingan yang cukup hebat untuk pasukan ini. Tapi mungkin mereka akan jumpa di separuh akhir nanti memandangkan mereka dalam kumpulan yang sama untuk pusingan 16. Mungkin Itali akan berjumpa dengan Jerman di Final Euro nanti, siapa tahukan?

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya untuk pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi saingan Liga Juara-Juara Asia di Bangkok, Thailand. Semoga pasukan JDT dapat memberikan aksi yang terbaik selaku wakil negara kita di sana.

Saya rasa itu sahajalah catatan saya di sini. Saya mengharapkan agar kita semua sentiasa menjaga diri dan orang tersayang, supaya kita terhindar dari segala bahaya yang ada. Semoga kita dapat berjumpa lagi dalam penulisan akan datang.

Sekian,

Terima Kasih semua.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Jun 2021 @ 9:43 PM