MEMPHIS Depay tidak sabar mahu bekerjsama dengan Koeman. FOTO AFP
MEMPHIS Depay tidak sabar mahu bekerjsama dengan Koeman. FOTO AFP
AFP

Amsterdam: Bintang Belanda, Memphis Depay memberi bayangan bahawa dia akan berhijrah ke Barcelona dan mengakui begitu mendambakan untuk bekerjasama dengan bekas jurulatih skuad kebangsaan, Ronald Koeman.

"Perkara itu akan jelas dengan perpindahan. Saya mahu berhijrah itu saja ketika ini," katanya menjelang perlawanan Euro 2020 Belanda mentang Austria esok.

"Setiap orang tahu saya sudah lama dikaitkan dengan Barcelona dan saya mahu bermain di bawah kendalian Ronald Koeman.

"Tunggu dan lihat."

Depay, 27, kini bebas selepas memilih untuk tidak memperbaharui kontraknya bersama Lyon, menjaringkan 20 gol dalam aksi Ligue 1 musim lalu.

Perpindahannya untuk ke Barcelona pada awal musim lalu tidak menjadi kenyataan.

Koeman berhijrah ke Camp Nou Ogos lalu pernah bekerjasama dengan Depay dalam skuad Belanda.

Barcelona sudahpun memperkuatkan barisan serangan dengan mengikat Sergio Aguero dari Manchester City dengan kontrak dua tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Jun 2021 @ 10:09 PM