TUNKU Ismail memaklumkan bahawa kekalahan di tangan skuad penyu adalah perkara biasa. FOTO NSTP
TUNKU Ismail memaklumkan bahawa kekalahan di tangan skuad penyu adalah perkara biasa. FOTO NSTP
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Nak bunuh JDT (Johor Darul Ta'zim), kena matikan dulu TMJ (Tengku Mahkota Johor).

Itu penjelasan Pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi komen di laman Instagram susulan terhadap kekalahan skuad Harimau Selatan kepada Terengganu FC, Sabtu malam.

Pada perlawanan terbabit, Terengganu FC meleburkan rekod tanpa kalah 21 perlawanan JDT selepas tewas tipis 0-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim.

Menerusi Instagram Tunku Ismail memaklumkan bahawa kekalahan di tangan skuad penyu adalah perkara biasa dan paling penting rekod yang dicipta pasukan terbabit masih lagi belum ada pasukan lain pecahkan.

Katanya, matlamat dan agenda juara tujuh kali berturut-turut Liga Super itu sangat jelas dan boleh dikatakan tidak 'goyah' dengan kekalahan terbabit selepas mencipta rekod tanpa tewas selama dua tahun.

"Rekod-rekod kami masih belum ada pasukan pecahkan…kami masih di sini dan our agenda adalah jelas… dua tahun tak kalah.. kekalahan akan berlaku…tak menang piala akan berlaku.

"Tetapi kelab aset dan pencapaian masih wujud serta kekal. Semangat kami adalah anda, apabila kami menang, terima kasih kepada anda.

"Apabila kami kalah, minta maaf kami sudah mencuba yang terbaik… Last sekali kepada penyokong kami dan penyokong bola sepak tanah air. Saya masih hidup dan JDT akan terus akan terus kekal sebagai pasukan gergasi," katanya, menerusi ruangan komen di Instagram miliknya.

Selain itu, beliau juga mengingatkan kepada pihak tertentu bahawa bukan mudah untuk 'matikan' JDT selagi Tunku Ismail kekal sebagai pemilik kelab berkenaan.

"Nak bunuh JDT kena matikan TMJ dahulu namun semua sedia maklum perkara itu bukan mudah. Kepada JDT ini bukan kali pertama kita kalah so rilek (tenang) kepada yang benci kami goodluck (semoga berjaya).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 April 2021 @ 11:48 AM