Pemain pertahanan Dortmund dari Portugal, Raphael Guerreiro (kiri) meraikan jaringannya berdepan Union. FOTO AFP
Pemain pertahanan Dortmund dari Portugal, Raphael Guerreiro (kiri) meraikan jaringannya berdepan Union. FOTO AFP
AFP

Berlin: Borussia Dortmund kembali dengan jurang empat mata bagi tempat ke Liga Juara-Juara (UCL) dalam saingan Bundesliga ketika jaringan lewat Raphael Guerreiro membantu kemenangan 2-0 ke atas Union Berlin, pagi ini.

Dortmund mempunyai bagi empat perlawanan untuk memastikan tempat ke UCL musim depan, tetapi dapat meningkatkan peluang mereka dengan kemenangan ke atas pasukan di tangga ketiga liga, Wolfsburg pada Sabtu ini.

"Kami mencipta banyak peluang tapi tidak memanfaatkannya," kata penjaga gol Dortmund, Marwin Hitz kepada Sky.

"Gol kedua hadir pada masa yang tepat - lebih baik lewat daripada tiada langsung."

Dortmund dipisahkan dengan empat mata di belakang pasukan di tangga keempat Eintracht Frankfurt malah lima mata ketinggalan dengan Wolfsburg.

Tuan rumah mendahului pada babak pertama di Signal Iduna Park apabila kapten pasukan, Marco Reus melakukan susulan dengan menolak masuk bola selepas sepakan penalti Erling Braut Haaland ditepis penjaga gawang lawan.

Penalti itu diperoleh selepas Reus dikasari lawan.

"BVB berhak memperoleh kemenangan itu, mereka mempunyai banyak peluang. Tetapi kami juga mempunyai beberapa peluang," kata jurulatih Union Urs Fischer.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 April 2021 @ 9:15 AM