TINDAKAN Pucheta menyebabkan dia dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan. FOTO Agensi
TINDAKAN Pucheta menyebabkan dia dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan. FOTO Agensi
AFP

Quito: Penjaga gol, Joaquin Pucheta dilayangkan kad merah dalam aksi Serie A Ecuador kerana membuang air kecil di belakang gawangnya ketika pasukannya, Macara mengalahkan Orense yang menduduki tangga terakhir 1-0.

"Pucheta, pergi ke belakang papan iklan tepi padang dan membuang air kecil ketika bola berada di kawasan lawan. Dalam masa sama pemain dan pihak pengurusan Orense mengadu perkara berkenaan kepada pengadil perlawanan, Roberto Sanchez, yang akhirnya terus melayangkan kad merah kepada penjaga gol itu," akhbar dalam talian, Primicias.

Rakaman televisyen hanya sempat merakam pemain Argentina itu meninggalkan padang pada masa kecederaan separuh masa kedua.

"Penjaga gol itu diperintah keluar padang kerana menunjukkan kelakuan tiada semangat kesukanan," kata akhbar El Comercio.

Pemain tengah, Segundo Portocarrero, yang meledak gol kemenangan mengambil alih tugas sebagai penjaga gol pada minit-minit akhir permainan.

Pucheta bakal berdepan penggantungan tiga hingga enam bulan di bawah peraturan liga Ecuador.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 April 2021 @ 10:32 PM