KOEMAN berdepan kemungkinan dipecat. FOTO Agensi
KOEMAN berdepan kemungkinan dipecat. FOTO Agensi
Agensi

Madrid: Masa depan Ronald Koeman sebagai pengurus Barcelona bergantung pada keputusan perlawanan akhir Piala Raja-Raja Sepanyol menentang Athletic Bilbao awal pagi ini.

Koeman, 58, menyertai kelab itu dengan kontrak dua tahun musim panas lalu, berjaya membimbing pasukan itu dengan keputusan bercampur-baur.

Di bawah kendalian beliau, Barca bangkit dan terbabit dalam tiga perebutan gelaran dengan dua kelab Madrid namun tewas dalam pertembungan El Clasico minggu lalu.

Media tempatan melaporkan bahawa Koeman berdepan kemungkinan dipecut sekiranya gagal menjulang piala berkenaan.

"Agak pelik saya perlu menjawab soalan seperti ini kerana kami meraih 19 kemenangan tanpa kalah.

"Kami hanya tewas satu perlawanan dan saya sudah perlu bercakap mengenai masa depan saya?

"Mungkin saya perlu menerimanya. Saya masih mempunyai setahun lagi kontrak. Saya tahu ia tekanan yang besar dan saya mampu untuk mengawalnya tapi kadang-kadang agak pelik."

Koeman kini berjaya membawa Barca menghuni tangga ketiga La Liga dua mata di belakang pendahulu Atletico Madrid, namun mereka tewas beberapa perlawanan penting dalam kempen ini.

Ia termasuk kedua-dua pertemuan liga menentang Real Madrid, satu-satunya pertembungan liga dengan Atletico, Piala Super menentang Athletic dan perlawanan terakhir membabitkan saingan 16 terbaik Liga Juara-Juara kepada Paris St-Germain.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 April 2021 @ 9:00 AM