HAALAND (tengah) dilihat sedang menurunkan tandatangannya yang diminta Octavian Sovre. FOTO Agensi
HAALAND (tengah) dilihat sedang menurunkan tandatangannya yang diminta Octavian Sovre. FOTO Agensi
AFP

Manchester: Bintang Borussia Dortmund, Erling Haaland dikejar oleh beberapa kelab ternama Eropah namun penolong pengadil pula yang berjaya mendapatkan tandatangan pemain Norway itu.

Insiden berkenaan berlaku selepas tamat perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara yang menyaksikan Manchester City melakar kemenangan 2-1 ke atas Dortmund, hari ini.

Haaland gagal meledak gol pada perlawanan itu tetapi menjadi watak penting kepada jaringan Marco Reus sekali gus mempunyai kelebihan gol di tempat lawan.

Namun gol sumbangan Kevin De Bruyne dan Phil Foden menyaksikan City muncul pemenang namun peluang Dortmund dilihat masih belum tertutup menjelang aksi timbal balik minggu depan.

Selepas tamat perlawanan, Haaland dikejar oleh salah seorang penjaga garisan, Octavian Sovre di terowong untuk mendapatkan tandatangannya.

"Mereka beritahu saya, tetapi saya tidak nampak. Mungkin dia peminat Haaland," kata pengurus City, Pep Guardiola.

Pegawai dari Romania itu juga terbabit dalam beberapa insiden kontroversi ketika perlawanan.

Penalti diberikan kepada City ditarik balik selepas melihat rakaman video bantuan pengadil (VAR) manakala gol pemain Dortmund, Jude Bellingham dibatalkan kerana mengangkat but terlalu tinggi ketika menewaskan Ederson.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 April 2021 @ 9:35 AM