ALLAN Marques botakkan kepala sebagai solidariti buat Miguel. FOTO Agensi
ALLAN Marques botakkan kepala sebagai solidariti buat Miguel. FOTO Agensi
Agensi

Milan: Bekas pemain tengah Napoli, Allan Marques menegaskan bahawa anak-anaknya hanya dibenarkan memakai baju nombor tujuh Cristiano Ronaldo bersama Real Madrid apabila mereka menyokong bintang Portugal itu.

Pemain tengah Everton, Allan berkata, dua orang anaknya begitu mengidolakan Ronaldo namun dia tidak akan membiarkan mereka memakai jersi Juventus.

Allan baru-baru ini mencukur rambutnya sebagai tanda solidariti buat Miguel yang berusia sembilan tahun yang menderita alopecia (kehilangan rambut).

Miguel dan anak perempuan Allan, Manuela, kedua-duanya adalah peminat setia Ronaldo, biarpun begitu dia hanya membenarkan mereka memakai jersi Real Madrid.

"Memang dia sukan bola sepak. Dia selalu menonton bola sepak. Dia sentiasa memakai jersi dan jersi pasukan yang saya wakili," kata bekas pemain tengah Napoli itu. "Dia motivator terhebat saya, dia bersama dengan anak perempuan saya.

"Mereka adalah peminat setia Cristiano Ronaldo jadi mereka selalu memiliki jersi Ronaldo bagaimanapun mereka tidak dibenarkan mempunyai jersi Juventus Ronaldo kerana ia pasukan itu adalah musuh utama Napoli, jadi di rumah hanya ada jersi bernombor tujuh Real Madrid.

"Ia adalah normal. Anak-anak selalu bermimpi menjaringkan gol dan mengidolakan penjaring gol itu, anak saya tidak terkecuali.

Pemain tengah Brazil itu menyertai Everton musim panas ini, berhijrah dari Napoli dengan nilai perpindahan £22 juta (RM125.3 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mac 2021 @ 12:41 PM