TUNKU Ismail sentiasa terbuka untuk meneroka peluang-peluang baru yang berpotensi terutama di Eropah. FOTO NSTP
TUNKU Ismail sentiasa terbuka untuk meneroka peluang-peluang baru yang berpotensi terutama di Eropah. FOTO NSTP
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Selepas bercadang untuk mengambil alih Valencia FC, kini Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkira-kira mahu memiliki sebahagian pegangan saham dalam kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United.

Menerusi sesi soal jawab di laman Instagram Tunku Ismail hari ini, beliau menyatakan minatnya itu selepas melakukan perbincangan bersama kelab tersohor itu.

Jelas pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu, beliau sentiasa terbuka untuk meneroka peluang-peluang baru yang berpotensi terutama di Eropah.

"Saya baru ada perbincangan minggu lalu mengenai perkara itu. Hanya pegangan kecil. Walaupun kelab besar. Seperti saya katakan, saya terbuka untuk apa saja peluang," katanya.

Malah, ketika diminta mengulas mengenai prestasi skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer musim ini, beliau mengakui belum cukup bagus.

"Tidak cukup bagus. Ed Woodward (naib pengerusi eksekutif kelab) harus digantikan dengan saya.

"Sementara itu, Tunku Ismail turut berkongsi perkembangan tentang perbincangan untuk memiliki pegangan dalam Valencia FC.

"Selamat ulang tahun Valencia. Ya, ada perbincangan dengan pemilik (Valencia) untuk saya memiliki pegangan dalam kelab itu.

"Tapi ia tertangguh kerana kerumitan dan beberapa isu yang perlu diselesaikan," katanya yang sebelum ini menggemparkan arena bola sepak tempatan apabila secara terbuka menyatakan keinginan untuk membeli Valencia FC.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mac 2021 @ 10:19 PM