Penyerang Atletico Madrid dari Uruguay, Luis Suarez meraikan jaringan berdepan Bilbao pada aksi La Liga. FOTO AFP
Penyerang Atletico Madrid dari Uruguay, Luis Suarez meraikan jaringan berdepan Bilbao pada aksi La Liga. FOTO AFP
AFP

Madrid: Penalti disempurnakan Luis Suarez meletakkan Atletico Madrid selesa mendahului dengan enam mata di puncak La Liga ketika mereka bangkit menewaskan Athletic Bilbao 2-1, pagi ini.

Atletico meledak gol lewat untuk seri berdepan Real Madrid pada Ahad, keputusan yang memberikan pencabar mereka peluang dalam pemburuan kejuaraan dan membenarkan Barcelona hanya dipisahkan dengan tiga mata di belakang mereka.

Tapi skuad kendalian Diego Simeone memanfaatkan baki perlawanan dalam tangan mereka, dengan tandukan Marcos Llorente dan penalti disempurnakan Suarez menafikan gol pembukaan Bilbao menerusi Iker Muniain yang turut menguasai perlawanan pada babak pertama.

Suarez dan Llorente menjadi tonggak penting di sebalik kebangkitan Atletico musim ini dan mereka membuktikannya sekali lagi di Wanda Metropolitano, dengan Suarez meledak gol ke-18 liga musim ini selepas Llorente menjaringkan gol kesembilannya.

Kemenangan itu turut meletakkan Atletico mendahului lapan mata ke atas Real Madrid dan masih perlu beraksi di Barcelona pada Mei, aksi Clasico bulan depan di Santiago Bernabeu pula pastinya sedikit menyukarkan laluan bagi pencabar mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mac 2021 @ 9:58 AM