Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski (kiri) dan bintang Dortmund, Erling Braut Haaland jadi tumpuan menjelang pertembungan kedua-dua kelab gergasi Bundesliga itu. FOTO AFP
Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski (kiri) dan bintang Dortmund, Erling Braut Haaland jadi tumpuan menjelang pertembungan kedua-dua kelab gergasi Bundesliga itu. FOTO AFP
AFP

Berlin: Bayern Munich dan penyerang veteran mereka, Robert Lewandowski akan melayan kunjungan Borussia Dortmund dan penjaring terbanyak dari Norway, Erling Braut Haaland dalam aksi Klasik Jerman awal pagi Ahad ini.

Dengan 28 gol dalam 22 perlawanan liga, Lewandowski dalam usaha untuk dinobatkan penjaring terbanyak Bundesliga buat empat musim berturut-turut.

Pemain kebangsaan Poland itu meledak 16 gol dalam 13 perlawanan terakhir liga.

"Dia seorang pemain yang gila. Hanya gila," Haaland memberitahu Norwegian TV, mengakui dia meminati musuh dari Poland itu.

"Apabila saya menjaringkan gol, saya hanya berbeza satu gol untuk mengejarnya.

"Kemudian dia meledak hatrik sekali lagi seperti ia perkara harian buatnya."

Sekalipun terlepas aksi selama sebulan kerana kecederaan, Haaland, 20, berjaya menjaringkan 17 gol dalam liga musim ini, tetap mengakui terlalu banyak yang perlu dipelajari daripada Lewandowski.

Bayern menang dalam empat pertembungan terakhir membabitkan kedua-dua kelab itu, termasuk menang 3-2 di Dortmund tahun lalu, apabila Haaland dan Lewandowski kedua-duanya pencetak nama sebagai penjaring gol.

Ia diikuti kemenangan 3-2 buat Bayern dalam aksi Piala Super Jerman pada September, ketika Dortmund mengintai peluang mencipta kejutan di Allianz Arena.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mac 2021 @ 10:12 PM