MOUNT (kiri) berjaya menyerap kritikan peminat dan menunjukkan peningkatan mendadak. FOTO AFP
MOUNT (kiri) berjaya menyerap kritikan peminat dan menunjukkan peningkatan mendadak. FOTO AFP
Agensi

London: Sebahagian penyokong Chelsea di Twitter ternyata gembira dengan Mason Mount selepas pemain berkenaan memberikan persembahan terbaik ketika menentang Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

The Blues ternyata memerlukan kemenangan dalam perlawanan berkenaan untuk melonjak ke kelompok empat terbaik dan berjaya melakukannya melalui jaringan kemenangan Mount di Anfield pada minit ke-42.

Pasukan London Barat itu ternyata lebih hebat di bahagian serangan hampir sepanjang perlawanan dan kurang bernasib baik kerana tidak dapat memperoleh gol pembukaan pada minit ke-25.

The Blues berjaya memecahkan kebuntuan sebelum rehat apabila Mount yang berada di sebelah kiri menyambut hantaran N'Golo Kante.

Selepas berjaya melepasi pertahanan The Reds Mount melepaskan rembatan lencong melepasi penjaga gol, Alisson Becker.

Pemain berusia 22 tahun itu kemudiannya terus mempamerkan permainan bertenaga tanpa menunjukkan kepenatan dan melakukan tiga hantaran penting, jumlah yang banyak berbanding pemain lain.

Pemain tengah itu sebelum ini dikritik oleh peminat akibat prestasi kurang konsisten terutama dari segi rembatan namun dia sudah menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini.

Di bawah pengurus Thomas Tuchel, Mount berjaya berubah menjadi pemain yang lebih baik dan sekarang sudah meledak tiga gol dalam lima penampilan terakhir liga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mac 2021 @ 2:55 PM