FERNANDES (kiri) menjadi watak penting Man United. FOTO EPA
FERNANDES (kiri) menjadi watak penting Man United. FOTO EPA
Agensi

London: Bruno Fernandes tidak sepatutnya memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA kerana barisan pemain bintang Manchester City lebih layak untuk memenanginya, kata Paul Scholes.

Pemain tengah Manchester United itu mempamer aksi cemerlang sejak menyertai kelab itu setahun lalu.

Fernandes terbabit dengan 40 gol dalam 40 perlawanan dan sudah meledak 23 gol serta menjadi arkitek kepada 17 jaringan lagi.

Bintang Portugal itu menjadi watak penting membantu United menduduki tangga kedua Liga Perdana musim ini.

Bagaimanapun legenda United, Scholes berkata Fernandes tidak berhak untuk memenangi anugerah itu kerana dia masih belum dapat membantu kelab melakar kejayaan selain perlu mempunyai pengaruh kuat dalam pasukannya.

"Apa yang disumbangkannya kepada United sangat istimewa. Dia mencipta jaringan, meledak gol, bukan saja pada perlawanan besar tetapi di kebanyakan perlawanan.

"Apabila berada di Man United, anda di sana untuk memenangi gelaran dan perlawanan utama.

"Dia perlu menjadi seorang pemain yang berpengaruh serta cukup penting di kelab itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mac 2021 @ 11:37 PM