Jurulatih Barcelona, Ronald Koeman memberi arahan kepada pemainnya ketika saingan Piala Raja Sepanyol berdepan Granada semalam. FOTO AFP
Jurulatih Barcelona, Ronald Koeman memberi arahan kepada pemainnya ketika saingan Piala Raja Sepanyol berdepan Granada semalam. FOTO AFP
AFP

Madrid: Jurulatih Barcelona, Ronald Koeman berharap kebangkitan pada aksi Piala Raja Sepanyol semalam akan menjadi inspirasi kepada pasukannya untuk merapatkan kedudukan dalam saingan La Liga apabila berdepan Real Betis, pagi Isnin ini.

Barca menjaringkan dua gol pada empat minit terakhir menentang Granada untuk bangkit daripada ketinggalan dua gol dan memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan sebelum menang 5-3 untuk mara ke separuh akhir.

Namun mereka perlu bekerja keras dalam saingan La Liga, ketika sama mata dengan Real Madrid namun 10 mata di belakang Atletico yang turut berkelebihan satu perlawanan membabitkan dua seteru kejuaraan itu.

Koeman minggu lalu, mengakui Barcelona perlu lebih realistik mengenai peluang menjulang piala musim ini dan pasukannya kini dianggap 'belum bersedia untuk menang banyak perkara'.

Namun dia lebih bersemangat selepas penampilan pasukannya mula menampakkan peningkatan pada pertengahan minggu ini.

"Perlawanan dan keputusan ini boleh membantu memulihkan semangat dan kekuatan pasukan," kata Koeman.

"Kami berjuang dalam keadaan sukar dan itulah yang harus dilakukan. Detik seperti ini boleh menjadi sangat penting pada musim ini."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2021 @ 11:21 AM