Erling Braut Haaland. FOTO File Agensi
Erling Braut Haaland. FOTO File Agensi
Agensi

London: Bos Chelsea, Thomas Tuchel dilaporkan mengenal pasti penyerang Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland sebagai sasaran nombor satu pada jendela perpindahan musim panas ini.

Tuchel disahkan ketua jurulatih baru kelab London pada Selasa lalu, dengan bekas pengurus Paris Saint-Germain menggantikan Frank Lampard di kerusi panas itu selepas bekas pemain tengah kebangsaan England berkenaan dipecat.

Menurut laporan media tempatan, pengendali berusia 47 tahun berkenaan berminat membawa penyerang baharu di Stamford Bridge menjelang kempen 2021-22 dan Haaland menjadi sasaran utama bagi menerajui jentera serangan pasukan.

Penyerang berusia 20 tahun itu mempamerkan prestasi cemerlang buat Dortmund pada musim ini, meledak 21 gol dalam 19 penampilan buat kelab Bundesliga itu.

Manchester United, Real Madrid dan Barcelona turut dikait kuat dengan pemain kebangsaan Norway itu yang meledak 29 kali dalam 27 penampilan bagi BVB dalam semua kejohanan.

Haaland kemungkinan sukar dilepaskan meninggalkan kelab Signal Iduna Park pada musim panas ini, namun boleh berbuat demikian bersandarkan kepada klausa pelepasan mengikut kontraknya pada 2022, dengan beberapa kelab utama sentiasa mengikuti rapat perkembangan pemain itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2021 @ 9:48 PM