LAMPARD berkata keutamaan Chelsea kini adalah memperbaiki kedudukan di liga. FOTO Agensi
LAMPARD berkata keutamaan Chelsea kini adalah memperbaiki kedudukan di liga. FOTO Agensi
AFP

London: Frank Lampard percaya keutamaan Chelsea adalah untuk kembali meraih kedudukan empat terbaik di Liga Perdana berbanding memenanginya.

Bagaimanapun bekas pemain tengah England itu berharap nasib Blues akan berubah secepat mungkin selepas mempamerkan aksi hambar sebelum ini.

Chelsea menduduki tangga ketujuh selepas melakar kemenangan kedua daripada tujuh perlawanan liga dengan menewaskan Fulham, Sabtu lalu.

Kemenangan ke atas pasukan tangga ketiga, Leicester awal pagi esok membolehkan skuad bimbingan Lampard hanya kurang lima mata berbanding pasukan teratas.

"Tidak ada sebab untuk menyatakan sama ada kami akan kembali mengejar kejuaraan atau tidak ketika ini," Lampard.

"Kami hanya perlu memikirkan perlawanan seterusnya dan cuba memenanginya bagi membolehkan kami konsisten dalam kedudukan liga.

"Kami tidak berada di kedudukan untuk memenangi liga selepas melalui permulaan yang buruk. Jika kami dapat terus melakar kemenangan, maka situasi mungkin berubah."

Lampard berkata, ujian terbaik membuktikan aksi konsisten anak buahnya adalah apabila bertemu Leicester yang kini sedang berada pada prestasi terbaik.

"Leicester sememangnya sedang bersaing, cara mereka beraksi dan keputusan yang diperolehi menunjukkan kemampuan mereka untuk memenangi liga," kata Lampard.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2021 @ 8:18 AM