SEBAHAGIAN aksi Ronaldinho (kiri) ketika tampil dalam muzik video Tropa do Bruxo. FOTO Agensi
SEBAHAGIAN aksi Ronaldinho (kiri) ketika tampil dalam muzik video Tropa do Bruxo. FOTO Agensi
Agensi

Sao Paulo: Ronaldinho dikelilingi gadis separuh bogel ketika membuat penampilan dalam muzik video pertamanya tahun ini.

Bekas bintang bola sepak Brazil itu kini beralih tumpuan kepada dunia muzik selepas dibebaskan daripada penjara April tahun lalu.

Ronaldinho yang sudah pulih daripada dijangkiti virus Covid-19, merancang untuk menerbitkan lapan buah lagu sepanjang tahun ini.

Dia turut mencuri tumpuan apabila membuat penampilan dalam sebuah muzik video artis tempatan, Tropa do Bruxo.

Pemenang Piala Dunia itu dilihat memakai topi yang digemarinya sambil dikelilingi gadis.

Legenda berusia 40 tahun itu juga dilihat menari berhampiran kolam renang.

Ronaldinho mula jatuh cinta dengan dunia muzik selepas menerbitkan lagu pada 2016. Legenda Barcelona itu mencipta lagu untuk atlet di Sukan Paralimpik di Rio.

Pada 2017, dia melancarkan single pertamanya bertajuk Sozinho atau jika diterjemahkan bermakna 'sendiri'.

Ronaldinho juga mencipta lagu mengenai politik pada 2019 selepas keretanya dirampas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2021 @ 1:09 PM