Pemain Liverpool, James Milner (kiri) dihalang pemain Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris. FOTO Agensi
Pemain Liverpool, James Milner (kiri) dihalang pemain Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris. FOTO Agensi
AFP

London: James Milner berkata Liverpool harus 'bangkit' pada 2021 selepas dua aksi seri yang mengecewakan sehingga membolehkan Manchester United memberi saingan kepada mereka di puncak carta Liga Perdana Inggeris (EPL).

Usaha skuad Jurgen Klopp mempertahankan kejuaraan menjelang tahun baharu dengan mendahului tiga masa selesa hampa apabila tercicir mata penting berdepan West Brom dan Newcastle.

Seteru tradisi, United yang hanya tercicir empat mata sejak 1 November, mungkin dapat menyamai mata dengan pendahulu liga jika mereka menewaskan Aston Villa awal pagi Sabtu ini.

Liverpool, yang beraksi lebih satu perlawanan berbanding skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer, akan hanya beraksi pada awal pagi Selasa dengan berkunjung ke Southampton.

"Saya fikir perkara positif (Liverpool berada di puncak) tetapi dalam tempoh ini tiada siapa yang mahu keputusan yang buruk bagi pasukan sendiri," kata Milner kepada Liverpoolfc.com.

"Kami tercicir mata, semua orang kelihatan tercicir mata. United mempamerkan prestasi baik dan mereka kemungkinan pasukan tunggal yang terus berada di kedudukan lebih baik.

"Adalah penting untuk kami memperbaiki kedudukan dan cuba untuk memperoleh mata penuh."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Disember 2020 @ 11:43 PM