ERIKSEN bergelut untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama Inter. FOTO AGENSI
ERIKSEN bergelut untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama Inter. FOTO AGENSI
AFP

Milan: Christian Eriksen boleh beraksi perlawanan terakhirnya bersama Inter Milan dengan Ketua Pegawai Eksekutif kelab, Giuseppe Marotta mengesahkan pemain tengah Denmark itu berada dalam senarai perpindahan.

Bekas pemain tengah Tottenham terlepas peluang perlawanan terakhir Inter sebelum Krismas di Verona dengan media Itali melaporkan dia kembali ke Denmark bersama isterinya yang dijadualkan bersalin anak kedua mereka.

"Eriksen antara pemain dalam senarai perpindahan," kata Marotta.

"Ia bukan hukuman tapi dia bergelut untuk disenaraikan dalam skuad. Jadi ini peluang untuk dia mencari lebih banyak peluang di tempat lain."

Penyerang Denmark itu tiba dari Spurs dengan perjanjian empat setahun pada Januari dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak AS$32.6 juta (RM132.3 juta) termasuk bonus.

Tapi pemain berusia 28 tahun itu hanya menjaringkan empat gol sepanjang 38 penampilan.

Pada saingan kali ini dia tidak diturunkan untuk kesemua 12 perlawanan. Lapan liga dan empat Liga Juara-Juara dan tidak menjaringkan gol atau membantu mencipta peluang.

Dia dikaitkan dengan perpindahan untuk bersama juara Perancis Paris Saint-Germain atau kembali ke Liga Perdana bersama Arsenal atau Manchester United.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2020 @ 12:31 PM