MESSI sekali lagi berdepan kekecewaan selepas pasukannya tewas di tangan Cadiz. FOTO AFP
MESSI sekali lagi berdepan kekecewaan selepas pasukannya tewas di tangan Cadiz. FOTO AFP
AFP

Madrid: Lionel Messi dan Barcelona mengalami kekalahan keempat dalam saingan La Liga musim ini selepas mereka kalah 1-2 kepada Cadiz sebentar tadi.

Barca sekarang berada di kedudukan ketujuh, 12 mata ketinggalan daripada pendahulu liga, Atletico Madrid, yang mengalahkan Real Valladolid 2-0.

"Ini adalah langkah ke belakang untuk kita mencari peluang bersaing merebut gelaran La Liga, anda harus melihatnya dengan seperti itu.

"Perbezaan 12 mata dengan pasukan yang kuat seperti Atletico tidak boleh diterima," kata jurulatih Barcelona, Ronaldo Koeman.

Koeman melakukan tiga pertukaran dalam kesebelasan utama selepas aksi pertengahan minggu di Liga Juara-Juara mengalahkan Ferencvaros, dengan penjaga gol, Marc-Andre ter Stegen kembali menggantikan Neto.

Bagaimanapun, Ter Stegen melakukan kesilapan selepas lapan minit berlangsung bagi membolehkan Alvaro Gimenez meledak gol keduanya musim ini.

Tetapi Ter Stegen melakukan kesilapan selepas lapan minit yang membolehkan Alvaro Gimenez meledak gol keduanya dalam dua perlawanan.

Barca menyamakan kedudukan di babak kedua selepas Pedro Alcala tertampan hantaran lintang Jordi Alba ke gawang sendiri.

Ter Stegen sekali lagi melakukan kesilapan apabila gagal mengekang Negredo yang meledak gol liga ketiganya musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Disember 2020 @ 10:40 AM