Sergio Ramos meraikan jaringan penalti Real Madrid ketika menentang Barcelona. FOTO AFP
Sergio Ramos meraikan jaringan penalti Real Madrid ketika menentang Barcelona. FOTO AFP
AFP

Barcelona: Real Madrid mengalih krisis dengan cara terbaik apabila menewaskan Barcelona 3-1 dalam aksi Clasico di gelanggang kosong, sekali gus memberikan amaran awal pemburuan takhta La Liga.

Barca mempunyai peluang untuk memperbaiki kekalahan ketika berturut-turut ke atas lawannya dan meningkatkan tekanan kepada Zinedine Zidane.

Sebaliknya, kemenangan Madrid membolehkan mereka mendahului enam mata ke atas kelab Catalans yang beraksi kurang satu perlawanan.

"Ia hanya tiga mata tetapi kami harus menikmatinya, terutama selepas segalanya diperkatakan mengenai skuad ini," kata Zidane.

Jaringan penalti, Sergio Ramos dan jaringan lewat, Luka Modric memastikan kemenangan ke atas Barcelona selepas Federico Valverde dan Ansu Fati menjaringkan gol awal pada perlawanan liga yang menjadi tumpuan itu.

"Anda selalu mempunyai sumpahan buruk pada setiap musim dan diharapkan perkara ini akan bertahan seminggu," kata Ramos.

"Untuk menang di gelanggang sendiri ke atas seteru lama sememangnya satu kepuasan."

Atletico Madrid memanfaatkan peluang dengan menewaskan Real Betis 2-0 untuk melonjak ke kedudukan kedua liga namun Sevilla mengalami kekalahan mengejut di gelanggang sendiri ke atas Eibar, 0-1.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2020 @ 11:00 AM